Sunday, November 28, 2010

esok kerja yay....

wahahaha sekarang ni makin semangat lak aku nak keje...
almaklumla tuan lim guan eng sangatla bermurah hati nak bagi wang sagu hati sebanyak 800 hengget....
maka sangatla semangat aku nak bekerja sekarang ni...
hehe

Friday, November 26, 2010

saya tak pernah menyesal berkahwin dengan awak en. azhar...

saya zahirah binti zakaria sesungguhnya xpernah menyesal bertemu, berkenalan, bercinta, bertunang dan berkahwin dengan kamu wahai en. suamiku azhar bin sleman...
awak adalah perkara yang terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya....
awak yang bernama cinta, awak yang memberi rasa, awak yang ilhamkan bahagia dalam hidup saya....
awak yang mengajar saya erti cinta, rindu, sayang, setia, sakit, seksa dan bahagia.....

saya xpernah menyesal menyayangi awak....
dan sebab tu la saya masih bertahan untuk segalanya...
kerana awak saya masih bertahan...

awak yang telah membenihkan cinta untuk kita...
cinta yang sangat membahagiakan saya....
cinta yang membuatkan saya semakin dewasa....

awak yang terbaik untuk saya...
awak yang tebaik untuk saya...
awak yang terbaik untuk saya....

awak yang perkara terbaik yang telah terjadi dalam hidup saya...........

Wednesday, November 24, 2010

washing machine auto...

thanks a lot to my asben...
coz belikan aku washing machine auto...
actually masa zaman xkawen dulu umah aku mmg dah berzaman pkai machine auto ni....
tetiber je bila kawin mak men aku pkai yang manual....
adus sangatla tension aku nak kena bangun berkali2 time nak basuh baju...
tambah lak sekarang ni perut dah makin besar lagi la xlarat nak bangun duduk....
tetibe je satu hari tu machine mak men aku rosak, haper lagik my asben trus je beli yang baru...
yang leganya auto, fuh xla teruk sangat aku nak membasuh baju...

thanks la kat machine manual yang telah rosak tepat pada masanya.. (hehehe mampos kalau mak men aku dengar ni)
ada hikmahnya gak machine tu rosak...
xla aku teruk sangat kan...

thanks to my hubby coz sangat memahami keletihan yang terpaksa aku hadapi...
bukan nye aku mengada tapi zaman sekarang dah moden so kena la berubah...
aku lak bekerja, balik petang dah letih kan...
nak basuh baju guna manual, mmg la aku sangat tension...
kalau aku xkeje satu hal la kan...
dah ada kemudahan kenala guna...

baby yang semakin aktif n aktif...

sekarang ni bb makin aktif bergerak...
gerak sana gerak sini...
pagi bb akan stat gerak kul 5.30 pagi...
bb akan makin aktif waktu 10 ke 11 pagi hingga la ke 3,4 petang..
pastu diam je, malam kang kul 9 stat gerak balik...
nanti time kiter nak tido, bb stat gerak balik...
baby pon dah xtakot dah kat abahnye...
bila je asben pegang perut time tido makin suka dier gerak...
suka agaknye abahnye pegang...

seronok sangat rasa nya bila bb gerak...
rasa bahagia sangat...
my asben pon dah bleh rasa our bb gerak2 n tendang...

xsabar nak start beli barang bb..
plan nak beli sikit2 dulu...


p/s:- saya sayang awak sgt en. azhar n our bb... thanks to my asben coz melayan aku ngan baik selama ini.

Monday, November 22, 2010

kerja kerja kerja.....

ya allah penat giler aku sejak minggu2 kebelakangan ni...
mana ngan mak men aku nak wat kenduri arwah lagi...
kerja yang makin melambak lagik...
adus sangatla penat n keletihan...
tambah lak sejak sekarang ni...
kaki pon sakit je, jalan xhenti masa hari kenduri semalam...

dtg keje je arini isnin dah siap dah keje yang memeningkan pala aku...
by the way aku buat jugak sebab dah namanya pon tanggungjawab kan...
mencari rezeki untuk bb ni jugak...

now baru aku sedar besarnya pengorbanan untuk menjadi seorang ibu...
bila rasa ada manusia lain yang bernyawa dalam rahim kita...
aku makin menyayangi n menghargai mak aku...

opps dah la dok merepek je, nak sambung keje jap...

Friday, November 19, 2010

waaaaaaaaa jeraawaaaaaaaaattttttt............

adus banyak tol jerawat membiak kat muka aku ni.....
sejak pegnen ni aku xdibenarkan memakai produk yang selalu bertakhta kat hati aku ni...
maka naiklah jerawat2 kat muka aku...

so cousin aku suggest aku minum susu kambing....
coz anak dier minum ok...
jap g nak try g beli...
semoga ada hasilnya...

amiinnn...

Thursday, November 18, 2010

aku Yang semakin kebosanan...

aku yang semakin bosan n kebosanan....
makin lama makin bosan, makin celaru...
makin keliru.....
aku bosan tahap kebosanan yang melampau...
aku rasa dah hilang diriku yang dulu...
kadang-kadang aku rasa aku xsepatutnya hidup dalam keadaan bosan macam ni...
aku perlukan privasi tambahan pula time aku memerlukan banyak rehat...
waktu cuti aku nak bermalas-malas pn payah...

kadang2 rasa malas nak masak pon kena masak gak....
kaki sakit pon kena gak...
huhuhu tension sangat la rasanye......
indah sungguh hidup aku di masa dahulu....

mmg betol kata mak aku...
hidup dengan orang xkan sama hidup dengan mak abah sendiri
ataupun hidup di rumah sendiri...
tambah lagik duduk dengan mak men...
xkan nak merehat2..
dah nama pon duduk ngan mak orang kan...
xkan nak layan cam mak sendiri layan...
ye tak...

baru sekarang aku rasa betapa peritnya hidup dengan orang...
walaupon mak men aku ok tapi xkan kita nak wat rumah tu macam rumah kita kan...
time cuti xkan nak ngada2 bangun lambat kan...
time rasa xsihat, sakit xkan nak duduk saja kan...
kalau sakit hati xkan nak wat muka kan...
nak wat apa pon kena pk orang lain...
cam xder keputusan sendiri...
takut je kot2 terguris hati orang lain....

bak kata mak aku..
sabar banyak-banyak...

apa-apa pon aku yang nak n pilih...
xder sapa pon yang paksa....
terima je la...

setiap hari aku cuba untuk membiasakan diri dengan suasana baru tu...
sukar tapi aku tetap mencuba...
sukar nak terima cara idup, stail org lain...
betapa mudahnya hidup aku dulu...

baru aku sedar yang mak abah aku dah beri yang paling terbaik untuk aku n adik2....
idup kami senang walaupon xmewah....
keluarga yang happy n ceria...

aku sangat merindui saat2 tu....

Monday, November 15, 2010

kehilangan seorang guru..........

baru-baru ni aku telah kehilangan guru yang mengajar subjek kimia masa aku form 4 & 5...
cikgu aku tu dilanggar oleh mat rempit masa dia tgh melintas jalan dgn anak dia malam lepas dinner....
dia meninggal depan sekolah yang dah berbelas tahun dia berkhidmat...
kat sekolah tu la dia mengajar n kat depan sekolah tu jugakla dia meninggalkan dunia ni...
actually cikgu tu sporting n best...
tapi nak wat camne dah sampai ajalnye...
aku sempat gak g lawat jenazah, rasa sedih tgk dia dah kaku xbernyawa...
peristiwa ni actually mmg meninggalkan kesan dalam kehidupan seharian aku....

untuk cikgu :-

hanya doa semoga cikgu ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa...amin

Thursday, November 11, 2010

oh tuhan tabahkan lah hati mereka-mereka itu....

ya allah..
semalam sewaktu balik dari breakfast kawan satu ofis aku telah bgtau satu berita yang amat mengejutkan...
salah seorang staff opis kami telah meninggal dunia...
yang peliknya dia xsakit n still muda lagi...
br je satahun kawin...
yang paling menyentuh hati, bila dia baru je mendapat anak sulung 5 hari lepas...
isterinya baru je bersalin secara operation n still lagi ada kat hospital sebab bb dia kena kuning...
masa kitorang g tgk mayat dia kat hospital, isterinya still lg xtau yang suaminya dah meninggal dunia..
xder siapa pun yg sampai hati nak bgtau isterinya yang ada di hospital...
sangatlah menyentuh hati kami satu opis, xsempat si anak nak merasa kasih sayang ayahnye, xsempat si isteri nak berkongsi kebahagiaan menimang cahaya mata pertama bersama suaminya...
xsempat seisi keluarga nak merasa gembira menyambut menantu bersama cucu mereka...
mereka hanya menyambut jenazah kaku yang ditangisi seisi keluarga...
ya allah kau tabahkan lah hati mereka-mereka ini dalam menghadapi dugaan mu ini...
semoga roh rakan kami itu ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin yang bertaqwa...

Wednesday, November 10, 2010

renungkan dan selamat beramal....

Suami tidak pandai melayan isteri?
Inilah antara keluhan isteri mengenai sikap suami mereka. Jangan kata semua suami romantik kerana ada suami yang memang tidak romantik.
Tetapi layanan dan perhatian itulah yang didambakan isteri, sekurang-kurangnya isteri tahu dia dihargai dan dikasihi.
Ramai juga isteri mengeluh, suaminya tidak sama dengan ketika sedang bercinta dahulu. Bagi kebanyakan suami pula, zaman berkahwin dan bercinta adalah suatu keadaan yang sangat berlainan. Zaman bercinta, ketika dalam proses berkenal-kenalan, segala-galanya ditatang bagai minyak yang penuh. Tetapi selepas berumah tangga dan hidup bersama, ia telah menjadi rutin yang biasa sahaja.
Kerana itulah ada isteri mengadu, suaminya tidak lagi mesra berbanding zaman bercinta. Suami balik ke rumah, hanya mendiamkan diri, sibuk membaca akhbar, menonton televisyen, dan seperti tidak mahu bercakap dengan isteri.
Kemesraan berputik dengan cara berkomunikasi. Ada dua jenis lambang komunikasi yang biasa digunakan, iaitu lambang lisan dan bukan lisan.
Bermesra-mesraan adalah usaha suami isteri untuk menunjukkan rasa saling kasih sayang dalam bentuk lisan. Sentuhan tangan dan gerak tubuh lainnya, adalah termasuk lambang bukan lisan ketika suami berkomunikasi dengan isterinya. Komuniaksi lisan semata-mata belumlah berkesan jika belum disertai oleh komunikasi bukan lisan.
Rasulullah sendiri menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kemesraan antara suami dengan isteri. Bahasa cinta Rasulullah kepada isterinya banyak digambarkan dalam bentuk bukan lisan di mana baginda mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Ini tercermin dalam hadis berikut;
Daripada Atha’ bin Yasar, katanya sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama-sama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, mengapa engkau bangkit? Jawabnya, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku”. Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama baginda. [Hadis riwayat Sa'id bin Manshur]
2. Memakai wangi-wangian
Aisyah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah apabila meminyakkan badannya, memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya”. [Hadis riwayat Ibnu Majah]
3. Mandi bersama isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dalam satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)”. [Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah]
4. Menyikat rambut suami
Daripada Aisyah, beliau berkata, “Saya biasa menykatkan rambut Rasulullah. Saat itu saya sedang haid”. [Hadis riwayat Ahmad]
5. Meminta isteri meminyakkan badannya
Daripada Aisyah, beliau berkata, “Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah aqabah”. [Hadis riwayat Ibnu 'Asakir]
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah, beliau berkata, “Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya”. [Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur]
7. Membelai isteri
Dalam hadis diceritakan, “Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya”. [Hadis riwayat Ahmad]
8. Tidur di pangkuan isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata, “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran”. [Hadis riwayat 'Abdurrazaq]
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengna beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (si pipi merah delima).
10. Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra
Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata, “Wahai “Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan”. [Hadis riwayat Ibnu Sunni]
11. Memberikan hadiah
Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata, ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal duina dan aku mengira hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu”. Beliau (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah”. [Hadis riwayat Ahmad]

p/s; untuk pedoman suami isteri dan bakal suami isteri...

duit Gaji cam air.....

adess arini dapat gaji lagi...
duit gaji cam air je, tambah lak semenjak mengandung ni sume nak kena tukar baru..
yang tu xmuat, yang ni xmuat...
skali beli duit abes beratus ratus...
baju skarang ni bukannye murah, mahal bukan main...
yang luar dalam sume kena tukar....

nanti dah kena start membeli barang bb lak...
wahahaha jenuhla en. suami nak kuar duit....
tp xpe untuk permata hati kami, kami relakan ye sayang...

untung2 nanti lahirnye permata hati kami ni seorang yang taat pada perintah allah dan menjadi anak yang soleh dan mendengar kata....amin

Tuesday, November 9, 2010

lagi lagi lagi








bulan madu di LANGKAWI...

wahahaha baru nak citer...
malas nak upload gambo sebenarnye...
ni la antara gambonye...






my baby is now kicking.......

erm camne nak mula yer...
my baby kan dah mula kick my tummy...actually dah banyak minggu aku rasa my baby dok gerak2 tp skarang ni makin kerap n aku dah boleh baca waktu baby bangun n rehat...
hehe sweet sangat n best sangat....
my baby akan lebeh aktif gerak time kul 2 sampai 4 petang camtu..
yerla kan petang mestila kena wat senaman kan..
apa la yang anak ibu wat kat dalam tu pon xtau tp mmg duduk xdiam..
jap2 rasa blurp2, jap2 rasa vibrate, jap lagi rasa cam sakit sket kat pinggang...
by the way itu sume sangat menarik untuk di alami....

my hubby pon dah rajin bertanya khabar our baby..
tapi yang bestnye nape eh baby mesti dok diam2 bila my hubby pegang my tummy...
agaknye dia leh rasa kot tangan kasar yang pegang...
slalu tangan ibu tu lembut la sket kot...
hmm skarang dah 20 weeks lebih, n stakat ni aku still rasa ok n ok lah..
just biasa la kadang2 sakit pinggang, sakit belakang, sakit punggung..
macam2 ada...

Wednesday, November 3, 2010

aku yang makin haru biru....

halluu nape la semenjak 2 menjak ni aku makin haru biru...
otak aku xbrapa stabil, fikiran aku melayang-layang je....
asek ingat apa pon xtahu...
aku asek rasa sunyi sepi je, nape ek....
nape skarang ni asek nak cari pasal je ngan ehem ehem...
hal kecik pon leh jadi hal gak....

waaa nape ngan aku ni..heeelllllpppppp.........

Perhatian!!!!

sayang tapi xmampu nak menyatakan atau menunjukkan kepada org yg kita sayang...
perempuan mahukan perhatian bukan hanya kenyataan tentang kasih sayang...
anda kaum lelaki perlulah menunjukkan kasih sayang anda kepada wanita yang anda cintai...
sayang perlukan sentuhan dan belaian bukan hanya kenyataan di mulut sahaja...
tunjukkan rasa itu dengan membantu wanita yang anda cintai masa dia susah..
jangan hanya mengharapkan semua tugas dilakukan oleh wanita itu tapi di mulut anda sering ucapkan sayang kepadanya..sayang bukan hanya pada mulut..
waktu wanita itu sakit, sentuhlah dia dengan kasih sayang, waktu dia perlukan bantuan anda membuat kerja rumah, bantulah dia... waktu hatinya terluka, pujuklah dia dgn kata2 yang menyenangkan hati dan penuh kasih sayang...waktu saudara mara anda datang penuh satu rumah, bantulah dia... jgan anda pun duduk sekali bergelak ketawa dengan saudara mara anda sedangkan dia xsudah2 kerja di dapur... ringan2kanlah tangan anda untuk membantu dia...fahamilah dia sewaktu hatinya gelisah dan perlukan perhatian, dia perlukan belaian...anda harus mula merubah cara hidup anda untuk dia, bukan masih kekal dgn cara sayang tapi xtahu cara untuk menyatakan sayang itu... sayang harus ditunjukkan dengan perbuatan bukan kata-kata...

sesungguhnya hati wanita itu sudah dan masih terluka dengan perbuatan anda kaum lelaki...

p/s; percayalah hati wanita itu sangat rapuh....

Tuesday, November 2, 2010

pc ku sendiri....

wahahaha syukur syukur ya allah...syukur alhamdulillah
wah cam lagu nasyid lak, actually my asben dah bwk balik set pc kat aku n ready to use last 2 days...
huhu best sgt, sng la sket kan..agaknye en. suami pon dah nyampah aku asek menempek je kat laptop dier kot...
nak kau haku bg satu pc, hehe aku lagi la suker...
skarang broadband dier lak haku wat cam harta aku sendiri...
skarang ni en. suami dok kalut suh daftar streamyx (ala hint la tu nyampah aku dok rembat broadband dier kan..) heheehe yeker...

shh kang kalau dier bc post ni teruk aku kena sekeh pala sebab kutuk dier..hehehe